Ketam Tumis Cili

Bahan-bahannya
2 kilo ketam (dibuang kulit dan dibelah dua)
2 inci halia
2 btg daun bawang
3 biji cili merah
10 biji cili api (kalu nak pedaslah)
5 ulas bwg putih
50 gm sos cili
50 gm sos tomato
1 biji telur ayam
1/2 cwn air
sedikit garam

Cara membuatnya
Tumiskan halia, bwg, cili merah dan cili padi hingga wangi.
Kemudian masukkan ketam-goreng lebih kurang 5 minit.
Tuangkan sos cili dan tomato
Akhir sekali masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu.
Taburkan daun bawang atau daun sup untuk menyedapkannya.

Ok jadilah Ketam Tumis Cili. Cubalah menu ini. Pasti terangkat he..he....








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu berbuka hari ke-2 ramadhan

Alhamdulillah sudah masuk hari ke-6 sudah kita berpuasa. Cepat nya masa berlaku. Ok, skrang nak tunjukkan menu berbuka pada hari ke-2 (23/8/09). Nasi ulam salah satu menu yang wajib lah kalu bulan Ramadhan ni. Nasi ulam ni tak sah kalu tak makan dengan asam pedas keladi. Menu ni ayah beli di bazar ramadhan ja he...he... Termasuklah kuih kegemaranku iaitu popia pedas. Tapi ada satu menu yang aku buat sendiri iaitu buah melaka. Hari pertama makan tak puas jd hari ke-2 try wat sendiri. Dah wat sendiri apalagi buh bedak (nyiur) banyak-banyak la bagi nampak comel he..he...





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu berbuka hari pertama ramadhan



Buah melaka beli di bazar ramadhan, yang ada udang tu masak sendiri. Nampak macam mee goreng kan. Tapi sekali pandang macam nasi goreng pun ada he..he... Tapi sebenarnya ianya adalah laksa yang digoreng. Tapi yang bestnya tang udang tu. Udang tu lah yang menyedapkan laksa goreng ni. Dan makanan yang wajib di bulan ramadhan ni ialah KURMA. Sunat berbuka dengan kurma terlebih dahulu. Ok, esok kita tengok apa menu ramadhan seterusnya.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Coklat


Asyik tunjuk menu dari tempat-tempat yang dikunjungi, hari ni kita beralih pulak pada air tangan sendiri iaitu sendiri masak. Wah...tengok bersinar-sinar coklatnya. Rasanya sedap he..he... (naik lif tekan sendiri) kek ini disediakan sebelum kedatangan bulan ramadhan. Saja nak try buat kek sendiri. Mari menikmati keenakannya.......he..he...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mee Bandung

Pada hari ahad yang lepas (16/8/09), perut terasa lapar makanan berkuah lah pulak. Bukannya tak makan nasi. Dah 3 kali dah makan. Aku dan mak ke pekan Simpang Empat, Perlis. Dah lama teringin nak makan mee bandung. Jadi bila saja sampai di kedai tanpa berfikir panjang terus aku order mee bandung dengan air merah. Wah sedap nye...............Tengok lah gambar-gambar yang dilampirkan nampak menyelerakan. mmmm.....delicious

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Koteow Kungfu

Pernahkan anda dengar koteow kungfu. Mungkin ada yang pernah mungkin ada yang tidak. Pertama sekali saya dengar menu ni, rasa macam menarik ja. Terus order. Kuah nya pekat dan yang menariknya koteownya dibaluti dengan telur. Macam nasi goreng pataya gak di mana nasi dibaluti dengan telur. Macam koteow kungfu ni koteow nya dibaluti dengan telur. Rasanya sedap. Tapi kena makan masa panas-panas. Kedai nya terletak di sebelah stesen petronas Kuala Perlis.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Laksa Kuala Kangsar

Pada 26 July 2009, on the way nak balik dari KL ke KP (Kuala Perlis) he..he... kami singgah jap ke KK (Kuala Kangsar bukan Kota Kinabalu he..he..). Saja nak tengok-tengok barang di KK. Kebetulan pulak hari tu ada nat (pasar tani). Orang ramai dan jalan sesak juga. Apa lagi masa tu sudah hampir pukul 12.00pm kami terus ke medan untuk menjamu selera. My yourger sister nak cuba laksa KK ni. Untuk memcuba kelainan dengan laksa KP. Kuah nya cair skit berbanding dengan laksa KP. Tapi rasanya boleh tahan.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jalan-jalan cari makan ke Kuala Terengganu

Pada keesokan hari nya (24 July 09) kami telah pergi ke kuala terengganu. Jadi sepanjang dalam perjalan pergi dan balik Kuantan - Terengganu, apalagi pekena makanan sana lah plak. Semasa pergi singgah hentian (tak ingat lokasi) makan nasi dagang. Semasa balik plak singgah kedai berhampiran pantai pekena nasi goreng paprik dan bihun sup dan jugak ais kacang. Wah sedapnye....... Walaupun nampak biasa macam tempat lain juga tp membezakannya ialah lokasi nya ialah di Kuala Terengganu he...he... Jadi kita rasa plak cara masakan sana.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selera Warisan - Teluk Cempedak, Kuantan

Pada 23-25 Julai 2009, saya telah pergi bercuti di Kuantan. Jadi apa lagi bermula lah episod menerjah makanan di Kuantan plak he...he...

Pada sebelah malam nya(23/7/09), kami sekeluarga telah ke Teluk Cempedak. Suasananya best sgt. Sambil makan dapat mendengar ombak menghempas pantai dan dapat merasa angin laut yang sepoi-sepoi bagai meniup di muka. (wah...macam penulis novel pulak he..he..).

Kedai yang kami kunjungi ialah Kedai Selera Warisan. Menu yang kami order adalah telur bistik, tomyam seafood, sotong goreng dan sayur campur. Air nya pulak ialah air kegemaran ku iaitu Air Laici. Walaupun menu nya adalah ringkas, tetapi lain tempat lain rasanya. Kami makan dengan pantasnya. Dalam sekelip matanya habis he..he... Ini mungkin juga kerana faktor perjalanan yang jauh pada siang nya (dari kl-kuantan) jadi keenakkannya terasa. Tapi rasa tak cukup la....nak lagi.........
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS