Menu berbuka hari ke-15 ramadhan

Hari ini banyak sungguh makanan yang di makan. Tapi untuk seisi keluarga lah bukannya aku sorang he..he... Ada yang aku dan adik beli dkt bazar ramadhan Kuala Perlis dan ada jugak makanan ayah yang beli. Jadi apa lagi mau jadi tak banyak. Alhamdulillah makanan nya habis dimakan he..he... Tapi kena berulang dua tiga kali la ha..ha..
Antara menunya ialah ketupat, lepat labu dan pulut udang. Cicah dengan gulai ayam.
Nasi kandar, nasi kerabu dan ayam percik.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salad Buah-buahan

Hari ni aku nak cuba berbuka secara makanan barat pulak lah he..he... Ini dia salad buah-buahan.

Bahan-Bahannya
Buah epal, oren, strawberi, tomato (dipotong dadu)
Mayonis
Susu dutchlady (jenama lain pun bleh jugak)

Cara penyediaan
Masukkan semua buah-buahan yang dipotong dadu
Kemudian masukkan mayonis
Untuk menyedap dan mencairkan salad ni masukkan sedikit susu
K sudah siap dan sedia di makan.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Air Susu + Ribena

Sekarang ni minuman kegemaran ku berbuka ialah air susu. Tapi aku nk cuba kelainan. Idea ni dapat semasa menonton rancangan Shamsul Ghau Ghau @ bazar Ramadhan. Aku pun apalagi cuba la campurkan air ribena kedalam susu. Rasanya sedap. Cubalah buat. Tapi kalu nak rasa sedap lg blendkan dengan ais batu. Air ini aku minum di gelas Spongebob hu...hu....
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu Berbuka Ramadhan ke-13

Kemarin teringin pulak nak menjengok bazar ramadhan di Kuala Perlis. Aku pergi dengan ibu dan adikku. Pada awalnya hujan lebat sangat. Tetapi bila dah renyai aku bru pergi. Banyak sangat menunya. Jadi aku cuma beli kuih lopes, dan sata. Sata ni sepatut nya 4 biji RM1 tetapi penjual tu bagi 5 ketul. Mungkin kerana hujan jd dia bagi bonus 1. Kuih rashidah ayahku beli.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masak Lemak ikan kering dan nenas

Belum sempat nak mintak resepi. Nanti bila dapat akan dikemaskini di sini. Tapi yg penting menyelerakanlah.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Daging Masak Merah

Tengok menu ni nampak macam daging biasa sahaja. Tapi sebenarnya ianya adalah daging rusa. Bila dah masak rupa dan rasa lebih kurang sama dengan daging biasa. Ni menu2 penyediaan Daging Masak Merah

Bahan-Bahannya
Daging (direbus terlebih dahulu dengan pewarna merah)
Bawang besar (dipotong bulat2)
Bawang putih (direncik atau diketuk)
Cabai hijau
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Garam
Daun bawang/sup

Cara membuatnya
Tumiskan bwg putih dengan sedikit minyak.
Masukkan sos cili, sos tomato dan sedikit sos tiram
Biar seketika, kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi
Masukkan cabai hijau, bawang besar
Garam secukup rasa

Untuk hiasan taburkan daun sup/ bawang.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kuih Badak Berendam

Badak Berendam ni aku makan semasa berbuka puasa di Sg. Buaya (Rawang). Intinya nyiur + gula merah. Tak penah cuba makan lagi. Tapi bila makan sedap rasanya. Ia nya disiram dengan santan.

Nanti nak try buat lah Kuih Badak Berendam ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mee Udang

Bahan-Bahan
Bahan utama semestinya mee dan udang (nama pun mee udangkan he..he.)
Mee kena celur terlebih dahulu
Udang diasingkan kulit dan kepala (kepala dan kulit udang nanti direbus dan di mesin. Air rebusan di simpan)
2 biji Bawang merah
2 biji Bawang putih
Sos cili
Sos Tomato
10 tangkai cabai kering (direbus dan dimesin)
Garam

Cara membuatnya
Masukkan sedikit minyak
Tumiskan bwg merah dan putih
Masukkan cabai yang dimesin tadi.
Agak dah naik minyak skit masukkan sos cili dan sos tomato
Kemudian masukkan air rebusan kepala dan kulit udang tadi.
Masukkan udang
Jika nak meriah masukkan bebola ikan.
Masukkan garam

Nak sedap hidangkan dengan taugeh, sayur sawi (dicelur dahulu), bwg goreng, daun bawang dan daun sup.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS