Showing posts with label Menu Berbuka di Bulan Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Menu Berbuka di Bulan Ramadhan. Show all posts

Menu berbuka hari ke-15 ramadhan

Hari ini banyak sungguh makanan yang di makan. Tapi untuk seisi keluarga lah bukannya aku sorang he..he... Ada yang aku dan adik beli dkt bazar ramadhan Kuala Perlis dan ada jugak makanan ayah yang beli. Jadi apa lagi mau jadi tak banyak. Alhamdulillah makanan nya habis dimakan he..he... Tapi kena berulang dua tiga kali la ha..ha..
Antara menunya ialah ketupat, lepat labu dan pulut udang. Cicah dengan gulai ayam.
Nasi kandar, nasi kerabu dan ayam percik.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Air Susu + Ribena

Sekarang ni minuman kegemaran ku berbuka ialah air susu. Tapi aku nk cuba kelainan. Idea ni dapat semasa menonton rancangan Shamsul Ghau Ghau @ bazar Ramadhan. Aku pun apalagi cuba la campurkan air ribena kedalam susu. Rasanya sedap. Cubalah buat. Tapi kalu nak rasa sedap lg blendkan dengan ais batu. Air ini aku minum di gelas Spongebob hu...hu....
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu Berbuka Ramadhan ke-13

Kemarin teringin pulak nak menjengok bazar ramadhan di Kuala Perlis. Aku pergi dengan ibu dan adikku. Pada awalnya hujan lebat sangat. Tetapi bila dah renyai aku bru pergi. Banyak sangat menunya. Jadi aku cuma beli kuih lopes, dan sata. Sata ni sepatut nya 4 biji RM1 tetapi penjual tu bagi 5 ketul. Mungkin kerana hujan jd dia bagi bonus 1. Kuih rashidah ayahku beli.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kuih Badak Berendam

Badak Berendam ni aku makan semasa berbuka puasa di Sg. Buaya (Rawang). Intinya nyiur + gula merah. Tak penah cuba makan lagi. Tapi bila makan sedap rasanya. Ia nya disiram dengan santan.

Nanti nak try buat lah Kuih Badak Berendam ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu berbuka hari ke-2 ramadhan

Alhamdulillah sudah masuk hari ke-6 sudah kita berpuasa. Cepat nya masa berlaku. Ok, skrang nak tunjukkan menu berbuka pada hari ke-2 (23/8/09). Nasi ulam salah satu menu yang wajib lah kalu bulan Ramadhan ni. Nasi ulam ni tak sah kalu tak makan dengan asam pedas keladi. Menu ni ayah beli di bazar ramadhan ja he...he... Termasuklah kuih kegemaranku iaitu popia pedas. Tapi ada satu menu yang aku buat sendiri iaitu buah melaka. Hari pertama makan tak puas jd hari ke-2 try wat sendiri. Dah wat sendiri apalagi buh bedak (nyiur) banyak-banyak la bagi nampak comel he..he...





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu berbuka hari pertama ramadhan



Buah melaka beli di bazar ramadhan, yang ada udang tu masak sendiri. Nampak macam mee goreng kan. Tapi sekali pandang macam nasi goreng pun ada he..he... Tapi sebenarnya ianya adalah laksa yang digoreng. Tapi yang bestnya tang udang tu. Udang tu lah yang menyedapkan laksa goreng ni. Dan makanan yang wajib di bulan ramadhan ni ialah KURMA. Sunat berbuka dengan kurma terlebih dahulu. Ok, esok kita tengok apa menu ramadhan seterusnya.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS