Mee Udang

Bahan-Bahan
Bahan utama semestinya mee dan udang (nama pun mee udangkan he..he.)
Mee kena celur terlebih dahulu
Udang diasingkan kulit dan kepala (kepala dan kulit udang nanti direbus dan di mesin. Air rebusan di simpan)
2 biji Bawang merah
2 biji Bawang putih
Sos cili
Sos Tomato
10 tangkai cabai kering (direbus dan dimesin)
Garam

Cara membuatnya
Masukkan sedikit minyak
Tumiskan bwg merah dan putih
Masukkan cabai yang dimesin tadi.
Agak dah naik minyak skit masukkan sos cili dan sos tomato
Kemudian masukkan air rebusan kepala dan kulit udang tadi.
Masukkan udang
Jika nak meriah masukkan bebola ikan.
Masukkan garam

Nak sedap hidangkan dengan taugeh, sayur sawi (dicelur dahulu), bwg goreng, daun bawang dan daun sup.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketam Tumis Cili

Bahan-bahannya
2 kilo ketam (dibuang kulit dan dibelah dua)
2 inci halia
2 btg daun bawang
3 biji cili merah
10 biji cili api (kalu nak pedaslah)
5 ulas bwg putih
50 gm sos cili
50 gm sos tomato
1 biji telur ayam
1/2 cwn air
sedikit garam

Cara membuatnya
Tumiskan halia, bwg, cili merah dan cili padi hingga wangi.
Kemudian masukkan ketam-goreng lebih kurang 5 minit.
Tuangkan sos cili dan tomato
Akhir sekali masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu.
Taburkan daun bawang atau daun sup untuk menyedapkannya.

Ok jadilah Ketam Tumis Cili. Cubalah menu ini. Pasti terangkat he..he....








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu berbuka hari ke-2 ramadhan

Alhamdulillah sudah masuk hari ke-6 sudah kita berpuasa. Cepat nya masa berlaku. Ok, skrang nak tunjukkan menu berbuka pada hari ke-2 (23/8/09). Nasi ulam salah satu menu yang wajib lah kalu bulan Ramadhan ni. Nasi ulam ni tak sah kalu tak makan dengan asam pedas keladi. Menu ni ayah beli di bazar ramadhan ja he...he... Termasuklah kuih kegemaranku iaitu popia pedas. Tapi ada satu menu yang aku buat sendiri iaitu buah melaka. Hari pertama makan tak puas jd hari ke-2 try wat sendiri. Dah wat sendiri apalagi buh bedak (nyiur) banyak-banyak la bagi nampak comel he..he...





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Menu berbuka hari pertama ramadhan



Buah melaka beli di bazar ramadhan, yang ada udang tu masak sendiri. Nampak macam mee goreng kan. Tapi sekali pandang macam nasi goreng pun ada he..he... Tapi sebenarnya ianya adalah laksa yang digoreng. Tapi yang bestnya tang udang tu. Udang tu lah yang menyedapkan laksa goreng ni. Dan makanan yang wajib di bulan ramadhan ni ialah KURMA. Sunat berbuka dengan kurma terlebih dahulu. Ok, esok kita tengok apa menu ramadhan seterusnya.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kek Coklat


Asyik tunjuk menu dari tempat-tempat yang dikunjungi, hari ni kita beralih pulak pada air tangan sendiri iaitu sendiri masak. Wah...tengok bersinar-sinar coklatnya. Rasanya sedap he..he... (naik lif tekan sendiri) kek ini disediakan sebelum kedatangan bulan ramadhan. Saja nak try buat kek sendiri. Mari menikmati keenakannya.......he..he...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mee Bandung

Pada hari ahad yang lepas (16/8/09), perut terasa lapar makanan berkuah lah pulak. Bukannya tak makan nasi. Dah 3 kali dah makan. Aku dan mak ke pekan Simpang Empat, Perlis. Dah lama teringin nak makan mee bandung. Jadi bila saja sampai di kedai tanpa berfikir panjang terus aku order mee bandung dengan air merah. Wah sedap nye...............Tengok lah gambar-gambar yang dilampirkan nampak menyelerakan. mmmm.....delicious

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Koteow Kungfu

Pernahkan anda dengar koteow kungfu. Mungkin ada yang pernah mungkin ada yang tidak. Pertama sekali saya dengar menu ni, rasa macam menarik ja. Terus order. Kuah nya pekat dan yang menariknya koteownya dibaluti dengan telur. Macam nasi goreng pataya gak di mana nasi dibaluti dengan telur. Macam koteow kungfu ni koteow nya dibaluti dengan telur. Rasanya sedap. Tapi kena makan masa panas-panas. Kedai nya terletak di sebelah stesen petronas Kuala Perlis.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS